Isnin, 30 April 2012

SISTEM SAPAAN ERVIN-TRIP


Ervin-Trip (1971) : kajian mengenai komponen interaksi bersemuka (face-to-face) sebagaimana yang berlaku berkait dengan struktur formal bahasa. Komponen ini termasuklah peserta, suasana, fungsi interaksi, tajuk, pesanan dan saluran.

Sistem sapaan Ervin-Trip ada 3 rumus
·         i) Rumus alternasi
·         ii) Rumus kejadian bersama
·         iii) Rumus perurutan

Rumus alternasi :
seseorang akan memilih salah satu daripada pasangan seperti antara kanak-kanak atau orang dewasa, diketahui nama atau tidak, bergelar atau tidak, tua atau muda, di dalam suasana status yang menonjol atau tidak.

Rumus kejadian bersama :
sesuatu rujukan terhormat mesti disesuaikan dengan kedudukan orang yang disapa. Dalam bahasa Melayu, rujukan kehormat yang mesti dipakai pada tempat yang telah ditetapkan.

Rumus perurutan:
terdapat susunan kata-kata sapaan yang dimulai dengan rujukan kehormat kepada gelaran yang disandang dan selepas itu nama peribadi yang disapa. Gelaran yang dimiliki, jika lebih daripada satu, perlu diatur mengikut kaedah yang biasa digunakan.


PERANCANGAN BAHASA

Perancangan bahasa merujuk kepada usaha-usaha yang disengajakan untuk mempengaruhi tingkah laku orang-orang lain dari segi pemerolehan, struktur atau peruntukan fungsi bahasa. Biasanya akan membabitkan perkembangan matlamat, objektif, dan strategi untuk mengubah cara bagaimana bahasa digunakan. Istilah perancangan bahasa sering dikaitkan dengan konteks dunia ketiga, dan dilihat sebagai suatu alat untuk mengasaskan bahasa kebangsaan piawai sebagai sebahagian daripada proses pemodenan, dan pembangunana negara.

Perancangan Korpus :
Merujuk kepada cmpur tangan dalam bentuk-bentuk sebuah bahasa. Perancangan korpus boleh dicapai melaui mencipta kata-kata atau ungkapan,ungkapan yang baru, mengubah suai yang lama, atau memilih antara bentuk-bentuk alternatif. Bertujuan untuk mengembangkan sumber-sumber sebuah bahasa supaya menjadi satu perantara komunikasi yang sesuai untuk topik-topik moden dan bentuk-bentuk huraian yang dilengkapi dengan istilah yang diperlukan untuk kegunaan pentadbiran, pendidikan, dan sebagainya. Perancangan korpus membabitkan penyediaan ortografi normatif, tatabahasa, dan kamus untuk panduan penulis dan penutur dalam sebuah komuniti pertuturan. Bagi sebuah bahasa yang dahulunya tidak tertulis, langkah pertama dalam perancangan korpus ialah pengembangan sebuah sistem tulisan. 



BAHASA HALUS

Bahasa halus merupakan sistem bahasa yang beradat, bersopan santun dan berbudaya tinggi. Perkataan yang digunakan melambangkan kesopanan dan bernilai tinggi serta lengkap dengan sistem nahu. Bahasa halus juga seperti menggunakan kata ganti nama yang versopan serta nada pengucapan yang rendah, lembut, dan menimbulkan kemesraan. Kebiasaannya bahasa halus digunakan untuk :-

     i) menghormati orang yang dilawan bercakap.
     ii) menjaga perasaan orang dilawan bercakap.
     iii) mewujudkan kemesraan.
     iv) menghaormati peraturan adat istiadat.

contoh penggunaan bahasa halus :
- saya mahu pergi ke tandas.

Ahad, 29 April 2012

ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaikum merupakan perkataan yang mulia dalam islam. Sebagai umat islam, jika kita pergi ke rumah orang atau bertemu dengan seseorang yang kita kenali atau tidak, kita digalakkan mengucapkan assalamualaikum. Ucapan assalamualaikum selalu kita dengar dimana sahaja tidak kira di tempat awam atau juga dalam telefon bimbit. Selain perkataan assalamualaikum, perkataan salam juga membawa makna yang sama cuma perkataan salam ringkas berbanding assalamualaikum. Ucapan assalamuaikum juga menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai budi bahasa dalam memulakan percakapan, malah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.

contoh perbualan :-
Ali : Assalamualaikum Abu.
Abu : Waalaikumussalam Ali.
Ali : Datang dari mana ni.
Abu : Baya baru pulang dari membeli barang dapur sikit ni.
Ali : Banyak juga yang kamu beli.
Abu : Tak ada la banyak sangat. Biasa je. Ali, saya nak cepat ni. Ada kerja yang perlu dilakukan. Nanti kita      berborak lagi. Assalamualaikum.
Ali : Baiklah. Waalaikumussalam.

Jumaat, 27 April 2012

KESANTUNAN

Kesantunan, dalam maksud yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).

Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar.

Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar sosio budaya msayarakatnya yang berpegang pada adapt resam, malah diperkukuh oleh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang berbunyi:

“Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah”.

Oleh itu, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan. Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya. Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu.




SETIA BAHASA

Setia bahasa ialah sikap masyarakat yang yakin dengan kemampuan bahasa sendiri sebagai bahasa perhubungan atau komunikasi dalam negara. Sikap masyarakat penutur bahasa itu yang positif terhadap bahasanya akan menjadikan bahasa tersebut sebagai bahasa pertuturan harian atau bahasa perhubungan antara kaum. Sebagai contoh di Malaysia, sikap masyarakatnya yang yakin dengan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dan dapat difahami oleh semua masyarakat dalam negara.

     Selain itu, sikap setia bahasa ini akan melahirkan rasa kasih sayang dalam diri masyarakat terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. Dengan lahirnya rasa kasih sayang ini dalam diri masyarakat, maka sebagai masyarakat penutur mestilah memelihara kedudukan bahasa Melayu supaya tidak akan tersisih dari kehidupan masyarakat. Masyarakat juga harus menjaga bahasa Melayu agar tidak mudah dicampuradukkan oleh sesetengah pihak sehingga boleh menyebabkan bahasa Melayu menjadi semakin hilang.

     Sikap cinta bahasa ini memerlukan kita menjaga kedudukan bahasa Melayu sebagai lambang bahasa perpaduan kita. Setiap masyarakat haruslah berperanan dalam memelihara bahasa Melayu agar terus kekal sebagai bahasa komunikasi yang utama. Dengan kata lain, bahasa Melayu sebagai "bahasa kepunyaan bersama".

TERIMA KASIH

Ungkapan terima kasih amat dititik beratkan dalam kalangan masyarakat kita terutama dalam kalangan generasi muda. Ungkapan terima kasih ini amat jarang kita dengan dari mulut anak-anak muda sekarang dan walaupun ada tidak banyak yang kita dengar. Terima kasih ini perlulah diterapkan dalam diri anak-anak sewaktu mereka masih kecil lagi. Hal ini supaya anak-anak akan terbiasa dengan ucapan terima kasih.

     Ungkapan terima kasih amat elok diamalkan sebagai contoh jika kita berada di kedai makan dan pekerja kedai makan menghantar makanan, sebaiknya kita mengucapkan terima kasih kerana pekerja tersebut telah susah payah menghantar makanan kepada kita. Selain itu, dengan ucapan terima kasih ini pekerja tersebut akan berasa dia dihormati dan dia akan berasa bersemangat untuk terus bekerja. Saya pernah melihat satu situasi di mana semasa pekerja diberi ucapan terima kasih, mereka tersenyum dan muka mereka nampak lebih bersemangat untuk terus bekerja.

    Ucapan terima kasih perlulah diamalkan oleh setiap masyarakat, bukan sahaja untuk menunjukkan rasa hormat, malah juga dengan ucapan terima kasih ini dapat mengerat dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita.

RUJUKAN HORMAT

Orang Yang Disapa
Rujukan Hormat
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri
Duli Yang Maha Mulia
Balu Raja
Yang Maha Mulia
Raja Muda atau Tengku Mahkota
Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia
Kerabat Diraja Karib
Yang Amat Mulia
Bergelar warisan
Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
Yang Amat Berhormat
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)
Yang Berhormat
Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja
Yang Berhormat Mulia
Tun, Toh Puan
Yang Amat Berbahagia
Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal
Yang Berbahagia
Ketua Hakim Negara
Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara
Yang Amat Setia
Hakim, Kadi
Yang Arif
Mufti dan pemimpin Islam
Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran
Yang Berusaha