Khamis, 26 April 2012

DIALEK

Dialek terbahagi kepada tiga :-

i) Dialek sosial
ii) Dialek daerah
iii) Dialek seketika

Dialek sosial :
Dialek sosial ialah dialek yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan penutur mengikut kelas. Dialek sosial juga dikenali sebagai sosiolek.

Dialek daerah :
Dialek daerah ialah dialek yang dituturkan dalam satu-satu kawasan geografi. Setiap kawasan geografi mempunyai dialeknya yang tersendiri dan dialek yang ditutr oleh satu-satu kawasan tidak difahami oleh kawasan yang lain. Sebagai contoh, dialek Kelantan, dialek Terengganu, dialek Perak, dialek Kedah dan sebagainya.

Dialek seketika :
Dialek seketika dilihat dari sudut zaman, penggunaan dialek adalah mengikut kepada perkembangan zaman sepertu bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu zaman Melaka, bahasa Melayu zaman Johor Lama, bahasa Melayu zaman pramoden, dan bahasa Melayu zaman moden. 

Tiada ulasan: