Khamis, 26 April 2012

PERCAMPURAN KOD

Sentiasalah setting niat, upgrade iman, download sabar, upload usaha, delete dosa, update doa dan top up ilmu, supaya dapatlah redeem pahala.

Ayat di atas merupakan percampuran dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Percampuran dua bahasa ini selalu kita lihat tidak kira di mana sama ada di facebook, dalam telefon, dalam surat khabar atau mana sahaja. Percampuran dua bahasa ini sejak akhir-akhir sudah menjadi terlalu tersohor sehinggakan pelajar sekolah sendiri menggunakan bahasa percampuran kod ini. Hal ini disebabkan mereka terpengaruh terutama dengan media massa seperti televisyen, internet dan sebagainya. Keadaan ini amat merisaukan kerana kemungkinan bahasa Melayu akan hilang dalam jangka masa beberapa tahun dari sekarang. Percampuran dua bahasa ini tidak semestinya berlaku dalam kalangan masyarakat dan masyarakat harus diberi kesedaran tentang hal ini. 

Tiada ulasan: