Assalamualaikum merupakan perkataan yang mulia dalam islam. Sebagai umat islam, jika kita pergi ke rumah orang atau bertemu dengan seseorang yang kita kenali atau tidak, kita digalakkan mengucapkan assalamualaikum. Ucapan assalamualaikum selalu kita dengar dimana sahaja tidak kira di tempat awam atau juga dalam telefon bimbit. Selain perkataan assalamualaikum, perkataan salam juga membawa makna yang sama cuma perkataan salam ringkas berbanding assalamualaikum. Ucapan assalamuaikum juga menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai budi bahasa dalam memulakan percakapan, malah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.
contoh perbualan :-
Ali : Assalamualaikum Abu.
Abu : Waalaikumussalam Ali.
Ali : Datang dari mana ni.
Abu : Baya baru pulang dari membeli barang dapur sikit ni.
Ali : Banyak juga yang kamu beli.
Abu : Tak ada la banyak sangat. Biasa je. Ali, saya nak cepat ni. Ada kerja yang perlu dilakukan. Nanti kita berborak lagi. Assalamualaikum.
Ali : Baiklah. Waalaikumussalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan