Jumaat, 27 April 2012

TERIMA KASIH

Ungkapan terima kasih amat dititik beratkan dalam kalangan masyarakat kita terutama dalam kalangan generasi muda. Ungkapan terima kasih ini amat jarang kita dengan dari mulut anak-anak muda sekarang dan walaupun ada tidak banyak yang kita dengar. Terima kasih ini perlulah diterapkan dalam diri anak-anak sewaktu mereka masih kecil lagi. Hal ini supaya anak-anak akan terbiasa dengan ucapan terima kasih.

     Ungkapan terima kasih amat elok diamalkan sebagai contoh jika kita berada di kedai makan dan pekerja kedai makan menghantar makanan, sebaiknya kita mengucapkan terima kasih kerana pekerja tersebut telah susah payah menghantar makanan kepada kita. Selain itu, dengan ucapan terima kasih ini pekerja tersebut akan berasa dia dihormati dan dia akan berasa bersemangat untuk terus bekerja. Saya pernah melihat satu situasi di mana semasa pekerja diberi ucapan terima kasih, mereka tersenyum dan muka mereka nampak lebih bersemangat untuk terus bekerja.

    Ucapan terima kasih perlulah diamalkan oleh setiap masyarakat, bukan sahaja untuk menunjukkan rasa hormat, malah juga dengan ucapan terima kasih ini dapat mengerat dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita.

Tiada ulasan: