Jumaat, 27 April 2012

GELARAN

Gelaran Pergaulan Bebas :-
Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.

Gelaran Pergaulan Formal :-
Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada diri sendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.

Encik, Cik - boleh digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada diri sendiri seperti Encik Ahmad @ Cik Ahmad.

Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada diri sendiri dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.

Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengan diri sendiri atau lebih muda dan hubungannya belum rapat dengan diri sendiri datau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat, perbahasan dan sebagainya.

Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.

Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan seperti Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.

Gelaran Warisan :-
Contoh Raja (Perak, Selangor), Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu), Pangeran, Pangeran Anak, pangeran Muda (Brunei Darussalam).

Gelaran keturunan orang-orang besar - Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, terengganu), Abang (Sarawak), Datu (Sabah), Tan (Kedah), Tun (Terengganu), Awangku, Pangeran, Dayangku (Brunei Darussalam).

Gelaran Kurniaan :-
Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Datuk Patingi, Datuk Amar), Datik Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan ( isteri kepada Datuk di Terengganu).

Pendete Za'ba (gelaran kurniaan yang diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (2956). Gelaran Bapa Kemerdekaan Kpeda Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Tiada ulasan: