Isnin, 30 April 2012

PERANCANGAN BAHASA

Perancangan bahasa merujuk kepada usaha-usaha yang disengajakan untuk mempengaruhi tingkah laku orang-orang lain dari segi pemerolehan, struktur atau peruntukan fungsi bahasa. Biasanya akan membabitkan perkembangan matlamat, objektif, dan strategi untuk mengubah cara bagaimana bahasa digunakan. Istilah perancangan bahasa sering dikaitkan dengan konteks dunia ketiga, dan dilihat sebagai suatu alat untuk mengasaskan bahasa kebangsaan piawai sebagai sebahagian daripada proses pemodenan, dan pembangunana negara.

Perancangan Korpus :
Merujuk kepada cmpur tangan dalam bentuk-bentuk sebuah bahasa. Perancangan korpus boleh dicapai melaui mencipta kata-kata atau ungkapan,ungkapan yang baru, mengubah suai yang lama, atau memilih antara bentuk-bentuk alternatif. Bertujuan untuk mengembangkan sumber-sumber sebuah bahasa supaya menjadi satu perantara komunikasi yang sesuai untuk topik-topik moden dan bentuk-bentuk huraian yang dilengkapi dengan istilah yang diperlukan untuk kegunaan pentadbiran, pendidikan, dan sebagainya. Perancangan korpus membabitkan penyediaan ortografi normatif, tatabahasa, dan kamus untuk panduan penulis dan penutur dalam sebuah komuniti pertuturan. Bagi sebuah bahasa yang dahulunya tidak tertulis, langkah pertama dalam perancangan korpus ialah pengembangan sebuah sistem tulisan. 



Tiada ulasan: