Khamis, 26 April 2012

BAHASA SINDIRAN

Bahasa sindiran ialah bahasa yang digunakan oleh seseorang untuk menyindir orang lain. Penggunaan bahasa sindiran ini bertujuan menjaga hati orang yang disindir. Hal ini kerana bahasa yang digunakan tidak terus ditujukan kepada orang tersebut. Namun terdapat juga bahasa sindiran yang berbunyi agak kasar. Bahasa sindiran terbahagi kepada tiga :-

i) unsur ironi
Bahasa sindiran unsur ironi ialah bahasa yang menyatakan sesuatu tetapi mempunyai makna di sebaliknya.     Bertujuan untuk menyindir orang lain dan biasanya membawa maksud yang bertentangan dengan maksud ayat tersebut.
contoh:
- buatlah apa yang kau suka, kan kita ni boleh hidup sepanjang zaman.

ii) unsur sarkasme
Bahasa sindiran ini bersifat lebih kasar bahasanya daripada unsur sinisme. Bahasa sindiran unsur sarkasme biasanya dugunakan untuk memarahi seseorang dengan kata-kata yang lebih kasar. Selalunya ia terjadi sewaktu seseorang itu sedang marah.
contoh:
- pergi jahanamlah kamu!, biarlah dia mampus aku tak peduli.

iii) unsur sinisme
Menggunakan bahasa sindiran yang kasar. Bertujuan untuk menyindir dengan kata-kata yang lebih kasar.
contoh:
- jijik aku melihat telatahnya, muntah aku melihat mukamu.

Tiada ulasan: