Rabu, 25 April 2012

PERIBAHASA

Peribahasa menurut Luqman Ariffin & Abu Bakar Atan (2001), mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyang kita yang membandingkan realitu kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam sekeliling. Manakala menurut Za'ba (1965), peribahasa ialah segala susunan cakap pendek yang melekat di mulut orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataanya, luas dan benar tujuannya.
Peribahasa dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti perumpamaan, pepatah, bidalan, dan kata-kata hikmat.

Perumpamaan:-
Perumpamaan ialah peribahasa yang mengiaskan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain. Perumpamaan dikenal juga sebagai kiasan. Perumpamaan ini membawa kata-kata yang membawa makna yang tersurat dan tersirat. Perumpamaan dapat dikenali atau dibezakan daripada peribahasa lain berdasarkan beberapa perkataan, iaitu "seperti", "bak", "bagai", "ibarat", "laksana", "macam", " umpama.
contoh :
   Bagai anjing menyalak di ekor gajah.
   Ibarat burung, mata lepas badan terkurung.

Bidalan:-
Bidalan berfungsi sebagai memberi nasihat, peringatan dan sebagainya kepada masyarakat di samping mempunyai ilmu, nilai dan pengajaran yang sangat berguna.
contoh :
  Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka.
  Berjalan peliharalah kaki, berkata perliharalah lidah.

Pepatah:-
Pepatah berfungsi sebagai panduan dan pedoman daripada orang-orang tua agar masyarakat kini dapat menjalani kehidupan dan mengamalkan adat resam yang sempurna.
contoh :
  Jauh berjalan banyak pengalaman, lama hidup banyak merasa.
  Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Kata-kata hikmat:-
Kata-kata hikmat merupakan hasil pemikiran bijak pandai dan tokoh-tokoh tersohor. Kebiasaannya kata-kata hikmat mempunyai pengertian yang mendalam, iaitu sebagai peringatan di samping menjadi panduan dalam kehidupan.
contoh :
  Muafakat membawa berkat.
 

Tiada ulasan: