Khamis, 26 April 2012

BAHASA ISTANA

Bahasa istana merupakan bahasa yang hanya digunakan dalam kalangan kerabat diraja. Rakyat biasa yang ingin berhubung dengan kerabat diraja juga diperlukan menggunakan bahasa istana. Selain itu, bahasa istana akan digunakan apabila menyebut hal-ehwal berkenaan raja.

     Bahasa istana berasal dari bahasa yang sama tetapi bahasa istana mempunyai kosa kata yang berlainan dengan bahasa yang biasa ditutur oleh masyarakat. Di bawah beberapa contoh bahasa istana :-


Bahasa Istana

Bahasa Biasa
Almarhum
Allahyarham
ampun kurnia
maaf
anugerah
beri; hadiah
baginda
dia (rakyat menyapa raja)
beradu
tidur
berangkat
berlepas; bertolak
bercemar duli
berjalan; pergi ke
berkenan
sudi; suka akan
berputera
beranak; bersalin
bersabda
berkata
bersiram
mandi
bertitah
berkata
beta
saya (raja)
daulat
bahagia
gering
sakit
hari keputeraan
hari jadi
hulu
kepala
iram-iram
payung
kaus
kasut
kurnia
beri; hadiah
mahkota
topi
makam
kubur
mangkat
mati; meninggal dunia
menghadap
menjumpai
murka
marah
patik
saya (rakyat menghadap raja)
peraduan
tempat tidur
permaisuri
isteri
putera
anak lelaki
puteri
anak perempuan
santap
makan
semayam
duduk; tinggal
sembah
memberi salam
singgahsana
kerusi
titah
kata; perintah




Tiada ulasan: