Kesalahan penggunaan hukum
D-M kerap kali berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Walaupun kesalahan ini
nampak kecil, hakikatnya kesalahan ini amat besar dalam bidang bahasa. Bukan
sahaja kesalahan penggunaan hukum D-M berlaku pada papan tanda tapi dalam
percakapan masyarakat kita juga berlaku kesalahan hukum D-M. Kesalahan hukum
D-M yang selalu berlaku dalam masyarakat kita seperti Azizan restoran, goreng
pisang, Anita klinik dan
sebagainya.
Menurut Tatabahasa Dewan
Edisi Ketiga (2008), D-M bermaksud diterangkan
(D) dan menerangkan (M). Dalam
peraturan ini unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada
kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir
pada kedudukan yang kedua.
Kesalahan
|
Sepatutnya
|
Azizan
restoran
|
Restoran
Azizan
|
Goreng
pisang
|
Pisang
goreng
|
Anita
klinik
|
Klinik
Anita
|
Besar
budak itu
|
Budak
itu besar
|
Mewah
rumah
|
Rumah
mewah
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan