Khamis, 26 April 2012

BAHASA RASMI

Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam situasi yang rasmi, iaitu seperti dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Bahasa rasmi boleh jadi bukan bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tiada kaitan dengan semangat kebangsaan. Bahasa rasmi ini kebiasaannya dipilih daripada bahasa penjajah atau bahasa salah satu daripada bahasa negeri dalam negara tersebut. Sebagai contoh, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia kerana bahasa Melayu dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat difahami oleh semua rakyat.

     Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi telah ditetapkan menjadi bahasa komunikasi dalam bidang pentadbiran. Mengikut perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan dalam semua urusan rasmi sama ada di peringkat persekutuan, kerajaan negeri, dan juga badan berkanun. Malaysia telah menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi di Brunei menggunakan dua bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa Kebangsaan merupakan satu bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesebuah negara bangsa atau negara itu secara unik. Bahasa kebangsaan biasanya digunakan di media massa, pusat pengajian tinggi, pemerintahan, perlimen, majlis konvokesyen, upacara rasmi kerajaan dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga negara yang menggunakan lebih daripada satu bahasa kebangsaan. Sebagai contoh, negara Kanada yang menggunakan dua bahasa, iaitu bahasa Perancis dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa kebangsaan boleh jadi sebagai bahasa rasmi dan juga sebaliknya. Bahkan, bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa umum yang digunakan oleh rakyat dalam sesebuah negara tersebut. Bahasa kebangsaan ini menjadi kemegahan dan kebanggsaan bagi sesebuah negara.

Rabu, 25 April 2012

PERIBAHASA

Peribahasa menurut Luqman Ariffin & Abu Bakar Atan (2001), mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyang kita yang membandingkan realitu kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam sekeliling. Manakala menurut Za'ba (1965), peribahasa ialah segala susunan cakap pendek yang melekat di mulut orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataanya, luas dan benar tujuannya.
Peribahasa dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti perumpamaan, pepatah, bidalan, dan kata-kata hikmat.

Perumpamaan:-
Perumpamaan ialah peribahasa yang mengiaskan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain. Perumpamaan dikenal juga sebagai kiasan. Perumpamaan ini membawa kata-kata yang membawa makna yang tersurat dan tersirat. Perumpamaan dapat dikenali atau dibezakan daripada peribahasa lain berdasarkan beberapa perkataan, iaitu "seperti", "bak", "bagai", "ibarat", "laksana", "macam", " umpama.
contoh :
   Bagai anjing menyalak di ekor gajah.
   Ibarat burung, mata lepas badan terkurung.

Bidalan:-
Bidalan berfungsi sebagai memberi nasihat, peringatan dan sebagainya kepada masyarakat di samping mempunyai ilmu, nilai dan pengajaran yang sangat berguna.
contoh :
  Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka.
  Berjalan peliharalah kaki, berkata perliharalah lidah.

Pepatah:-
Pepatah berfungsi sebagai panduan dan pedoman daripada orang-orang tua agar masyarakat kini dapat menjalani kehidupan dan mengamalkan adat resam yang sempurna.
contoh :
  Jauh berjalan banyak pengalaman, lama hidup banyak merasa.
  Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Kata-kata hikmat:-
Kata-kata hikmat merupakan hasil pemikiran bijak pandai dan tokoh-tokoh tersohor. Kebiasaannya kata-kata hikmat mempunyai pengertian yang mendalam, iaitu sebagai peringatan di samping menjadi panduan dalam kehidupan.
contoh :
  Muafakat membawa berkat.
 

PENGARUH SMS

Ramai pelajar semasa membuat karangan menggunakan tulisan SMS dalam karangan mereka. Hal ini kerana mereka terpengaruh dengan bahasa SMS yang digunakan sehari-hari. Pengaruh bahasa SMS juga akan menyebabkan masalah ini semakin buruk. Para pelajar sepatutnya tidak terpengaruh oleh bahasa SMS dalam menulis karangan. Mereka juga sepatutnya dapat menbezakan bahasa SMS dengan bahasa penulisan karangan. Selain itu juga, masalah ini juga memerlukan peranan guru yang amat besar semasa mengajar karangan dalam kelas. Guru juga perlu sering mengingatkan pelajar tentang penggunaan bahasa SMS dalam karangan supaya pelajar sedar dan tahu akibat dan kesan penggunaan bahasa SMS dalam karangan.

Beberapa contoh bahasa SMS :-
1) sape
2) takyah
3) takde
4) xde
5) katne
6) bese
7) pe
8) watpe
9) ak
10) mane

Selasa, 17 April 2012

BAHASA PASAR

Bahasa pasar ialah pertuturan bahasa Melayu yang tidak betul. Kebiasaan bahasa pasar dituturkan oleh masyarakat asing yang tidak tahu peraturan bahasa Melayu atau digunakan oleh masyarakat Melayu apabila bertutur dengan mereka yang tidak pandai berbahasa Melayu. Bahasa pasar ini berlaku apabila masyarakat mencampurkan bahasa ibunda dengan bahasa kedua.

contoh bahasa pasar :-
"saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-tama itu budak kecil mesti selalu sukup bersih. Nas boleh tunjuk apa macam mahu kasi mandi itu budak. Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan dia punya emak punya susu saja, jangan susu lain. Itu emak punya susu dia punya makan lebih bak sekali, lagi lebih bersih dan senang boleh dapat, tidak kena belanja."
(petikan daripada Pelita Bahasa Melayu)

Sesetengah daripada ungkapan atau perkataan daripada bahasa pasar ini telah meresap masuk ke dalam bahasa Melayu sehingga kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa bahasa itu berasal daripada bahasa pasar, bukannya bahasa Melayu yang sebenar.

Isnin, 16 April 2012

BAHASA SLANGA

Bahasa Slanga merupakan salah satu bahasa pertuturan dalam kalangan masyarakat hari ini. Kebiasaan bahasa Slanga digunakan oleh pelajar intitusi pengajian tinggi dan juga golongan profesional. Golongan ini menggunakan bahasa Slanga dalam komunikasi harian mereka dan bahasa Slanga yang digunakan hanya difahami oleh golongan mereka sahaja. Hal ini supaya komuniti lain tidak dapat memahami isi percakapan mereka. Bahasa Slanga ini dicipta sendiri oleh golongan tertentu dengan mengubah kosa kata yang lama atau menbina kosa kata yang baru. Bahasa Slanga ini juga bersifat mudah berubah dan tidak digunakan secara terus menerus oleh masyarakat profesional tersebut. Dari masa ke masa mereka akan membina kosa kata yang baru dan kosa kata yang lama akan mati begitu sahaja. Kosa kata bahasa Slanga ini kebiasaan diambil daripada bahasa dialek atau bahasa kaum-kaum lain dan diubah maksud sebenar. Di bawah ini antara beberapa contoh bahasa Slanga yang digunakan :-

     - meghela
     - kede
     - de
     - do
     - brader
     - pakwe
     - mat rempit
     - bro
     

Isnin, 2 April 2012

KESALAHAN HUKUM D-M

Kesalahan penggunaan hukum D-M kerap kali berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Walaupun kesalahan ini nampak kecil, hakikatnya kesalahan ini amat besar dalam bidang bahasa. Bukan sahaja kesalahan penggunaan hukum D-M berlaku pada papan tanda tapi dalam percakapan masyarakat kita juga berlaku kesalahan hukum D-M. Kesalahan hukum D-M yang selalu berlaku dalam masyarakat kita seperti Azizan restoran, goreng pisang, Anita klinik dan sebagainya. 

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.

Kesalahan
Sepatutnya
Azizan restoran
Restoran Azizan
Goreng pisang
Pisang goreng
Anita klinik
Klinik Anita
Besar budak itu
Budak itu besar
Mewah rumah
Rumah mewah