Jumaat, 4 Mei 2012

PENGEKALAN BAHASA

Pengekalan bahasa merupakan bahasa masyarakat asing yang datang ke sesbuah negara dan masih mengekalkan bahasa ibunda dan budaya mereka. Sebagai contoh, masyarakat Cina yang datang ke Malaysia dan masih menggunakan bahasa ibunda mereka walaupun datang dalam kelompok yang kecil. Kebiasaannya pengekalan bahasa ini dibawa oleh kelompak yang pertama datang ke Malaysia. Mereka ini akan cuba mengajar bahasa ibunda mereka kepada anak-anak yang lahir di sesuatu tempat tersebut. Malah, mereka juga mengambil guru, sukatan pelajaran, dan buku daripada China. Malah, masyarakat Cina ini juga menubuhkan persatuan atau kumpulan yang ada kepentingan dengan bahasa dan budaya Cina. Bahasa ibunda mereka akan terus dikekalkan sehingga sekarang.

Tiada ulasan: