Rabu, 2 Mei 2012

GANTI NAMA DIRI DAN KATA KERJA

Kata Ganti Nama Diri ialah perkataan yang menggantikan perkataan nama. Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada tiga :
     i) Ganti Nama Diri Pertama - kata yang digunakan untuk menggantikan orang yang bercakap.
        contoh : saya, aku.

     ii) Ganti Nama Diri Kedua - kata yang digunakan untuk menggantikan orang yang lawan bercakap.
        contoh : awak, kamu.

     iii) Ganti Nama Diri Ketiga - kata yang dirujuk kepada orang ketiga, iaitu orang yang diperkatakan.
        contoh : dia, mereka.

Kata kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan.
     contoh : tendang, menari, berlari.

- Kata kerja di- yang diikuti oleh perlulah hadir Kata Ganti Nama Diri Ketiga. Contohnya, "buku itu dibaca oleh mereka", dan bukannya 'buku itu dibaca oleh saya'. Selain itu, jika ingin mengguna Kata Ganti Nama Diri pertama dan kedua adalah seperti berikut "buku itu saya baca".

Tiada ulasan: