Kesantuhan berbahasa merupakan cara penggunaan bahasa seseorang dalam berkomunikasi dengan orang sekeliling. Selain cara penggunaan bahasa, kesantunan berbahasa juga dapat dilihat daripada cara sapaan seseorang sama ada secara lisan atau secara bertulis. Hal ini supaya seseorang itu tidak dianggap sebagai orang yang biadab atau tidak berbudi bahasa. Dalam bahasa Melayu, kesantunan berbahasa mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti penggunaan kosan kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Selain itu, kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk dalamnya ialah laras bahasa istana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan