Isnin, 26 Mac 2012

KESALAHAN EJAAN

Kesalahan ejaan merupakan satu perkara yang sering berlaku dalam penulisan harian. Kesalahan ejaan berlaku disebabkan oleh masyarakat terpengaruh dengan sebutan dalam percakapan harian mereka. Sebagai contoh orang negeri Kelantan, masyarakatnya mudah terpengaruh dengan sebutan dalam penulisan mereka. Perkara ini sudah biasa bagi mereka dan boleh dikatakan susah bagi mereka untuk mengubah kembali ejaan tersebut. Hal ini kerana mereka keliru dengan perkataan tersebut sama ada betul atau salah. Perhatikan beberapa contoh di bawah ini :-

Salah

Betul
Perabut
Perabot
Calun
Calon
Pelancung
Pelancong
Profesyen
Profesion
Talipon
Telefon
Jeket
Jaket
Jaguh
Jagoh
Tulin
Tulen
Pamiran
Pameran

Jumaat, 23 Mac 2012

KESALAHAN SEBUTAN

Kesalahan sebutan biasa terjadi dan boleh dikatakan ramai yang melakukan kesalahan sebutan. Hal ini boleh dilihat apabila masyarakat ingin menyebut kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, kata daripada bahasa Melayu itu sendiri dan juga kesalahan intonasi dan tekanan. Kesalahan sebutan yang paling banyak pernah didengar adalah kesalahan untuk menyebut kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Perhatikan beberapa contoh kesalahan sebutan perkataan :-

Kata

kesalahan
sepatutnya
Dialog
/dai-log/

/di-a-log/
Radio
/re-di-o/

/ra-di-o/
Nasional
/ne-sye-nal/

/na-si-o-nal/
April
/ep-ral/

/ap-ril/
Struktur
/strak-tor/

/struk-tur/
Teknologi
/tek-no-lo-ji/

/tek-no-lo-gi/
Industri
/in-das-tri/

/in-dus-tri/
Karbon
/ka-bon/

/kar-bon/
Fungsi
/fang-si/

/fung-si/
Definisi
/de-fi-na-si/

/de-fi-ni-si/

Khamis, 22 Mac 2012

BAHASA BAKU DAN BAHASA DIALEK KELANTAN

Bahasa baku ialah bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa. Keseragaman dalam bentuk bermaksud bahasa baku sudah dikodifikasikan sama ada dari segi ejaan, istilah dan juga tatabahasa. Fungsi bahasa pula, bahasa baku boleh menjadi sebagai unsur penyatu, unsur pemisah dan unsur prestij. Bahasa baku sudah menjadi bahasa rasmi negara berdasarkan kepada fungsi tersebut. Malah, bahasa baku juga digunakan oleh semua masyarakat dalam berkomunikasi.

Bahasa dialek ialah bahasa percakapan tempatan yang berbeza dengan bahasa baku. Bahasa dialek terbahagi kepada dialek Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan sebagainya. Perbezaan percakapan ini adalah disebabkan oleh budaya atau persekitaran kawasan tersebut. Bahasa dialek Kelantan merupakan dialek yang paling banyak perbezaan dengan bahasa Melayu baku.

Beberapa perbezaan bahasa dialek Kelantan dengan bahasa baku :-


Dialek kelantan

Bahasa baku
manis lleting
 sangat manis
masing ppeghak
 sangat masin
pahit llepe
 sangat pahit
mase ppughik
sangat masam
tawa eber
 sangat tawar
kenye bbonyah
 sangat kenyang
come llote
 sangat comel
nnakut apah
 penakut sangat
kerah kekong
 sangat keras
kuca hanya
 sangat bercelaru

Isnin, 19 Mac 2012

PENGGUNAAN KATA JAMAK

Dalam komunikasi harian masyarakat sekeliling kita, ramai yang menggunakan kata jamak. Penggunaan kata jamak tersebut ada digunakan dengan betul dan ada tidak digunakan dengan betul. Keadaan ini sebenarnya berlaku kerana masyarakat yang menggunakan kata jamak dengan salah tidak sedar semasa mereka mengeluarkan kata-kata tersebut.  Malah, ada juga masyarakat sekeliling kita tidak tahu untuk menggunakan kata jamak dengan betul. Meraka tidak peduli sama ada kata jamak tersebut betul atau salah, asalkan perkataan yang disebut itu sedap didengar. 

Contoh penggunaan kata jamak yang salah :-
i)                    Banyak bangunan-bangunan
ii)                   Ramai pekerja-pekerja asing
iii)                 Berberapa orang pelajar-pelajar
iv)                 Semua masyarakat
v)                  Setiap karangan-karangan

Penggunaan kata jamak yang betul :-
i)                    Banyak bangunana
ii)                   Ramai pekerja asing
iii)                 Beberapa orang pelajar
iv)                 Masyarakat
v)                  Setiap karangan