Khamis, 8 Mac 2012

PENGGUNAAN BAHASA DIALEK

Seperti mana yang sedia maklum, dalam negara Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan juga pelbagai dialek bahasa yang dituturkan mengikut negeri masing-masing. Contohnya Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan sebagainya. Jika masyarakat dari setiap negeri yang ada di  Malaysia berhijrah ke negeri lain, seperti menyambung pelajaran, kita dapat lihat bahawa masyarakat ini akan menggunakan bahasa baku untuk berkomunikasi. Hal ini kerana masyarakat dari negeri lain tidak akan memahami perkara yang hendak diperkatakan jika masyarakat negeri itu menggunakan bahasa dialek negeri mereka. Walaubagaimanapun, apabila masyarakat dari negeri tertentu bertemu dengan masyarakat yang sama negeri dengannya, mereka akan menggunakan bahasa dialek untuk berkomunikasi sesama mereka. Sebagai contoh, masyarakat negeri Kelantan akan menggunakan dialek untuk berkomunikasi sesama mereka.

1 ulasan:

MOHD HELMI berkata...

Penggunaan bahasa dialek yang digunakan oleh seseorang apabila bertemu dengan masyarakat yang sama negeri menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai kesetiaan terhadap bahasa dialeknya.Hal ini menunjukkan bahawa seseorang itu tidak lupa akan bahasa dialekknya walaupun berada di tempat orang.Namun ada juga mereka yang tidak menunjukkan kesetiaan terhadap dialek negeri sendiri.