Jumaat, 16 Mac 2012
BAHASA RAHSIA
Bahasa rahsia merupakan salah satu bahasa yang digunakan oleh pihak tertentu dan tidak diketahui maksudnya oleh pihak lain kecuali dalam kalangan anggotanya sendiri. Bahasa rahsia banyak digunakan oleh pihak tentera supaya apa sahaja perkara yang diperkatakan tidak diketahui oleh pihak musuh. Hal ini kerana setiap perkara yang akan dibuat menjadi rahsia negara. Berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ketenteraan ini, bahasa rahsia yang akan digunakan dikeluarka oleh pihak atasan supaya setiap perkara yang berlaku sewaktu peperangan dilaporkan dengan menggunakan bahasa rahsia yang dikeluar tersebut. Bahasa rahsia yang dikeluarkan hanya akan diketahui oleh anggotanya sahaja supaya apa-apa perkara yang dilaporkan tidak akan diketahui pihak musuh. Sebagai contoh, jika anggota diserang oleh pihak musuh, semboyan akan melaporkan kepada pihak atasan dengan menggunakan bahasa rahsia yang telah diberikan. Begitu juga jika terjadi perkara-perkara lain dan setiap perkara mempunyai bahasa rahsianya sendiri. Selain itu, pihak tentera juga akan menggunakan bahasa tertentu untuk memastikan sama ada seseorang itu pihak musuh atau anggota sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan