Jumaat, 16 Mac 2012

BAHASA RAHSIA

Bahasa rahsia merupakan salah satu bahasa yang digunakan oleh pihak tertentu dan tidak diketahui maksudnya oleh pihak lain kecuali dalam kalangan anggotanya sendiri. Bahasa rahsia banyak digunakan oleh pihak tentera supaya apa sahaja perkara yang diperkatakan tidak diketahui oleh pihak musuh. Hal ini kerana setiap perkara yang akan dibuat menjadi rahsia negara. Berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ketenteraan ini, bahasa rahsia yang akan digunakan dikeluarka oleh pihak atasan supaya setiap perkara yang berlaku sewaktu peperangan dilaporkan dengan menggunakan bahasa rahsia yang dikeluar tersebut. Bahasa rahsia yang dikeluarkan hanya akan diketahui oleh anggotanya sahaja supaya apa-apa perkara yang dilaporkan tidak akan diketahui pihak musuh. Sebagai contoh, jika anggota diserang oleh pihak musuh, semboyan akan melaporkan kepada pihak atasan dengan menggunakan bahasa rahsia yang telah diberikan. Begitu juga jika terjadi perkara-perkara lain dan setiap perkara mempunyai bahasa rahsianya sendiri. Selain itu, pihak tentera juga akan menggunakan bahasa tertentu untuk memastikan sama ada seseorang itu pihak musuh atau anggota sendiri.

BAHASA SMS

Dengan adanya teknologi yang semakin canggih pada masa sekarang seperti telefon dan sebagainya, penggunaan bahasa menjadi semakin kucar kacir dan semakin buruk. Sebagaimana yang kita semua alami, dalam berkomunikasi melalui telefon, bahasa yang digunakan oleh masyarakat adalah pelbagai. Penggunaan bahasa "sms" yang pelbagai ini telah memberi kesan kepada pelajar dalam membina sebuah karangan. Hal ini kerana pelajar sudah terbiasa menggunakan bahasa "sms" ini sehinggakan mereka turut menggunakan bahasa "sms" tersebut dalam karangan. Antara contoh yang biasa digunakan seperti "yg", "takpe", "ak", "wtpe", "sape", "keje", dan sebagainya.

Khamis, 15 Mac 2012

SALAH FAHAM DAN TIDAK FAHAM

Penggunaan dialek dalam komunikasi oleh sesebuah masyarakat mencirikan bahawa masyarakat tersebut mempunyai kesetiaan bahasa terhadap dialeknya sendiri. Namun, penggunaan dialek dalam komunikasi yang membabitkan pelbagai masyarakat dan budaya akan menyebabkan sesuatu perkataan itu salah ditafsirkan maksudnya atau tidak difahami maksudnya oleh masyarakat yang lain. Hal ini boleh menyebabkan komunikasi yang berlaku akan terganggu.

contoh perkataan :-
tidak faham maksud
 *sengoti - yang membawa maksud sungguh @ betul.
 *gong - yang membawa maksud bodoh.

salah faham maksud
 *kasut - membawa maksud kasut @ selipar oleh masyarakat Kedah.

Rabu, 14 Mac 2012

BAHASA KASAR (GILA)

Perkataan "gila" selalu sahaja keluar daripada mulut masyarakat sekeliling kita. Perkataan "gila" akan kita dengar di mana sahaja tidak kira masa, tempat, keadaan dan sebagainya. Walaupun perkataan "gila" ini sudah biasa keluar daripada mulut individu tertentu, namun perkataan "gila" ini amat kasar penggunaannya dalam percakapan seharian walaupun bersama kawan-kawan. Malah, penggunaan perkataan "gila" dalam percakapan harian, dapat disimpulkan bahawa individu yang mengeluarkannya tidak ada rasa hormat terhadap kawannya.

Contoh penggunaan perkataan "gila" :-
 individu A : ni pen yang kau bagi dulu.
 individu B : pen sape ni.?
 individu A : "woi gila,"tu pen yang kau bagi pinjam kat aku.

KESOPANAN BERBAHASA

Kesopanan berbahasa dalam kalangan masyarakat amat dititk beratkan tidak kira golongan muda dengan golongan tua atau golongan yang sama. Walaupun kesopanan berbahasa ini selalu juga disebutkan, namun tiada perubahan yang dapat dilihat dalam kesopanan berbahasa ini. Sebagai contohnya, sewaktu golongan muda berkomunikasi dengan golongan tua. Mereka tidak menggunakan Kata Ganti Nama dengan betul dan ini menunjukkan tiada rasa hormat golongan muda terhadap golongan tua ini. Situasi yang selalu kita pernah lihat seperti golongan muda ini menggunakan Kata Ganti Nama "aku". Penggunaan Kata Ganti Nama "aku" ini tidak sesuai digunakan semasa berkomunikasi dengan orang yang lebih tua daripada kita. Selain itu, kita lihat situasi di mana golongan muda menyapa atau berkomunikasi sesama mereka. Mereka tidak menggunakan bahasa yang sopan, malah menggunakan bahasa seperti "hei", "woi", "celaka", "binatang" dan sebagainya.

Selasa, 13 Mac 2012

PENGGUNAAN KATA SAPAAN YANG SALAH

Banyak yang kita lihat pada masa kini, masyarakat tidak menggunakan kata sapaan dengan betul. Keadaan seperti ini kita dapat lihat dalam pelbagai situasi seperti :-
1) Seorang pensyarah di panggil dengan panggilan pak cik @ mak cik.
2) Menggunakan kata ganti nama "aku" sewaktu berbicara dengan kedua orang tua.
3) Memanggil guru dengan namanya seperti :-
    - Saya akan menghantar buku latihan kepada Aminah pagi esok.
4) Berkomunikasi dengan orang lebih tua dengan menggunakan kata sapaan kata ganti nama seperti kamu @   mu.

BAHASA ROJAK

Kebelakangan ini,rata-rata kita lihat dan dengar komunikasi masyarakat di sekeliling kita yang menggunakan bahasa rojak. Malah mereka merasa bangga dapat menggunakan bahasa rojak dalam komunikasi mereka sehari-hari.Dibawah ini merupaka contoh bahasa rojak yang selalu digunakan oleh masyarakat sekeliling kita :-

Sabri : Hai Halim, U nak ke mama tu.?
Halim : Owh Sabri, I nak ke Pekan jap. U tengah buat apa 2.?
Sabri : I tengah baiki moto sikit ni, ada masalah sikit dengan lampu depan ni.
Halim : U nak ikut I pergi Pekan tak.?
Sabri : Tak apa la Halim, I nak siapkan baiki moto ni. U pergi je la ya..
Halim : Ok, I pergi dulu.